 |
| Author |
Message |
yatie
Puan

Joined: 13 Nov 2007
Posts: 298
|
Posted:
Thu Nov 22, 2007 8:11 am |
  |
SITI Nadzirah Mohd. Nasir bersama anaknya, Arman Khan Fazal Azim di Rawang, semalam.
Siti Nadzirah bawa pulang Arman Khan
Oleh Norhana Salashar Basharuddin
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Seorang ibu muda, Siti Nadzirah Mohd. Nasir, 20, yang terlibat dalam pertikaian penjagaan anak bersama suaminya di Pakistan sejak empat bulan lalu sanggup meredah segala kepayahan bagi memastikan bayinya, Arman Khan Fazal Azim, yang berusia setahun berjaya dibawa pulang semula ke Malaysia.
Arman Khan kembali ke Malaysia semalam selepas Siti Nadzirah menempuh perjalanan yang panjang iaitu selama hampir 24 jam.
Bagi memastikan anaknya dibawa pulang dengan selamat ke Malaysia, Siti Nadzirah bersama bapanya, Mohd. Nasir Bakar, 44, dan ibunya, Siti Abdullah, 42, sanggup melakukan penerbangan transit di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Singapura sebelum menaiki pesawat Malaysia Airlines System (MAS) pulang ke tanah air.
Siti Nadzirah pergi ke Pakistan pada 16 November lalu dan merancang dengan rapi operasi membawa pulang Arman Khan.
Ibu muda itu yang sepatutnya berlepas ke Malaysia dengan menaiki pesawat di Islamabad bertindak nekad menaiki teksi ke Lahore yang memakan masa perjalanan empat jam bagi mengelak dijejak oleh keluarga suaminya.
Selepas menempuh segala kepayahan, berbekalkan semangat dan kasih sayang yang teramat sangat terhadap anaknya, Siti Nadzirah sekeluarga selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang kira-kira pukul 2 petang semalam.
Ketika ditemui di rumah keluarganya di Rawang, Selangor dekat sini malam ini, Siti Nadzirah bersyukur impiannya membawa Arman Khan pulang ke tanah air tercapai.
‘‘Walaupun saya berpendapat saya membawa Arman Khan pulang ke Malaysia melalui saluran betul, tetapi perasaan bimbang tetap ada,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.
Pada 14 Julai lalu, Siti Nadzirah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia kerana tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya.
Beliau mendakwa hanya diberi susu kerbau basi dan capati bagi makanan seharian sejak dibawa ke negara itu oleh suaminya, Fazal Azim Abdul Ahad, 24.
Sebelum pulang ke tanah air, Siti Nadzirah mendapatkan hak penjagaan anaknya dari Mahkamah Daerah Bruner, Pakistan bagi membolehkannya membawa anaknya kembali ke Malaysia.
Bagaimanapun, beliau terpaksa pulang ke Malaysia dengan tangan kosong selepas keluarga mertuanya enggan menyerahkan anaknya.
Pada 23 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Peshawar, Pakistan yang sepatutnya mengumumkan keputusan mengenai hak penjagaan ke atas anak Siti Nadzirah membuat keputusan menyerahkan anak itu kepada Fazal Azim atas alasan Arman Khan tidak mengenali ibunya.
Bagaimanapun, Siti Nadzirah dibenarkan bertemu anaknya setiap hari Sabtu selama enam jam.
Menurut Siti Nadzirah, beliau dan kedua-dua ibu bapanya berlepas ke Islamabad Jumaat lalu semata-mata mahu berjumpa dengan anaknya seperti yang diarah oleh Mahkamah Tinggi Peshawar sebelum ini.
‘‘Namun, Sabtu lalu, suami saya tidak datang ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad seperti yang diarah menyebabkan saya bimbang.
Perbicaraan
‘‘Saya dapat tahu rupa-rupanya suami saya sedang menghadiri perbicaraan pertama kes kami tanpa memaklumkannya kepada saya,’’ ujar beliau.
Siti Nadzirah memberitahu, dengan pertolongan beberapa kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pakistan, akhirnya suaminya akur dan membawa Arman Khan untuk berjumpa dengannya keesokan hari.
‘‘Apabila memikirkan saya telah mendapat hak penjagaan ke atas Arman Khan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Daerah Bruner Julai lalu, saya nekad membawa anak saya pulang ke Malaysia.
‘‘Selain itu, Arman Khan juga mempunyai dokumen perjalanan sementara yang diperoleh di Islamabad sejurus selepas mahkamah tersebut memberi hak penjagaan itu kepada saya,’’ katanya.
Dengan dokumen perjalanan itu, Siti Nadzirah memberitahu, tiada alasan untuk mana-mana pihak mengatakan anaknya tidak boleh dibawa keluar dari Pakistan kerana mereka telah melepasi kaunter Imigresen di lapangan terbang di Lahore secara sah.
Sementara itu, peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar yang dilantik mewakili Siti Nadzirah ketika dihubungi memberitahu, mahkamah di sana tidak mengenakan sebarang sekatan yang menghalang wanita itu daripada membawa anaknya keluar dari Pakistan.
Menurut Zainul Rijal, kes tuntutan fasakh Siti Nadzirah untuk memutuskan perkahwinannya dengan Fazal Azim akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada 9 Januari depan.
“Siti Nadzirah juga akan membuat permohonan jagaan anak kepada mahkamah negara ini,” katanya.
Menurut peguam syarie itu, kes jagaan anak itu seharusnya dibicarakan di Malaysia dan bukannya di Pakistan kerana Siti Nadzirah dan suaminya berkahwin di Malaysia.
‘‘Selain itu, anaknya juga dilahirkan di Malaysia dan merupakan warganegara Malaysia,’’ jelasnya.
Zainul Rijal berkata, beliau dalam proses mengumpul segala maklumat berkaitan tuntutan tersebut sebelum dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah dalam masa terdekat ini.
‘‘Saya baru sahaja dilantik oleh keluarga Siti Nadzirah bagi mewakili mereka pagi ini dan buat masa ini masih terlalu awal untuk saya mengulas mengenai kes itu,’’ ujarnya.
Tidur boleh, seks jangan!
KUALA LUMPUR: Lagak seperti perempuan jalang, namun mereka digelar ‘Minah ringan-ringan’ kerana hanya menawarkan perkhidmatan seperti menemani pelanggan bersuka ria dan menonton wayang.
Mereka juga boleh diajak tidur di hotel tapi dilarang melakukan hubungan seks.
Hubungan mesra bersyarat itu dikesan dilakukan segelintir pelajar kolej yang bersedia menjadi teman sosial kepada lelaki baru dikenali sama ada melalui rakan atau laman sembang.
Bagaimanapun, lelaki yang mahu melanggani mereka hanya dibenarkan melakukan tiga perkara iaitu memegang tangan, memeluk atau melakukan ciuman ringan tanpa membabitkan hubungan ranjang, termasuk seks oral.
Wartawan Harian Metro yang berjaya menjejaki seorang gadis terbabit, Fara, 22, mendakwa mula aktif sebagai teman sosial selepas secara tidak sengaja menemankan seorang rakan yang menceburi bidang itu sejak beberapa bulan lalu.
Usaha mendekati Fara mulanya menghadapi kesukaran berikutan dia curiga bagaimana penulis memperoleh nombor telefon bimbitnya dan banyak bertanya berkaitan latar belakangnya.
Dia yang dipujuk berulang kali akhirnya bersetuju dibawa keluar dengan menetapkan beberapa syarat, antaranya hanya boleh membawanya keluar antara jam 8 malam hingga 8 pagi esoknya.
Selain itu, penulis perlu memastikan hotel yang diduduki selamat dan bukan hotel murahan atau rumah tumpangan kerana bimbang dicekup pihak berkuasa.
Fara menetapkan perkhidmatannya RM100 selain memberi amaran jangan cuba-cuba melakukan hubungan seks kecuali adegan ringan-ringan.
Ditanya kenapa dia sanggup keluar atau tidur dengan lelaki tetapi tidak membenarkan hubungan seks, Fara sekadar memberi jawapan dia belum bersedia untuk ‘itu’ dan hanya mahu menjadi teman berbual kepada lelaki yang kesunyian.
Fara bersetuju berjumpa di sebuah lobi hotel di Jalan Sultan Ismail sebelum diajak menjamu selera sebelum dibawa masuk ke bilik hotel.
Dia yang berseluar jeans dan kemeja-T dengan potongan badan menarik mudah diajak berbual tanpa rasa kekok walaupun kali pertama berjumpa.
“Saya bukan bohsia atau pelacur! Saya cuma tawarkan khidmat menemankan lelaki kebosanan dan inginkan rakan berbual,” katanya sambil menyedut rokok.
Menurutnya, dia boleh berlagak seperti kekasih, malah ada antara pelanggan hanya menggunakan khidmatnya untuk ‘menunjuk-nunjuk’ di hadapan rakan sekerja kononnya mereka mempunyai teman wanita cantik.
“Ada yang kata saya sama seperti perempuan pengiring tapi saya bukan pelacur. Biasanya pelanggan cuma mahukan teman berbual kerana kesunyian.
“Duit yang mereka beri jarang dianggap macam duit perkhidmatan, sebaliknya lebih kepada duit makan atau tambang teksi pulang saja,” katanya sambil membancuh kopi yang disediakan di bilik hotel.
Penulis seterusnya bertanya sama ada dia pernah melakukan hubungan seks dengan pelanggan di hotel, namun Fara segera menepis andaian itu.
“Saya masih suci. Setakat kiss (cium) biasa atau peluk saya tak kisah...tapi tak boleh buat ‘love bite’ (gigitan cinta)...takut nanti family (keluarga) tahu...nahas!”
Disoal sama ada dia bimbang jika ada lelaki yang ditemani tidur bertindak ganas atau cuba memperkosanya, Fara memberitahu, dia tidak teragak-agak melawan atau menjerit.
“Pernah satu ketika saya menendang seorang lelaki yang mahu membuka zip jeans saya sebelum saya terus berlari keluar dari bilik hotel. Saya sudah biasa dengan pujuk rayu lelaki dan ‘kebal’ dengan godaan.
“Malah, kebanyakan lelaki akan berhenti selepas saya mengugut untuk membuat laporan polis dirogol jika ada yang mahu meneruskan niat terbabit,” katanya sambil tidak henti-henti menghisap rokok.
Dia turut menolak jika diminta membuat onani atau seks oral walaupun ditawarkan bayaran lumayan.
“Saya tak mahu jadi perempuan simpanan...cukup keluar suka-suka. No commitment! Saya sudah ada pelanggan tetap yang boleh dipercayai,” katanya yang menganggap lelaki sekarang mempunyai banyak pilihan dan cita rasa.
Dakwanya, pelanggannya bukan mengejar seks tetapi cuma mahu teman wanita berbual dan keluar bersantai.
Lebih menarik sepanjang perbualan itu, Fara nampak jauh lebih matang berbanding usianya dan mampu memberi pendapat bernas dalam pelbagai isu sama ada membabitkan dunia hiburan, kerjaya, sukan hingga kepada model kereta terkini di pasaran.
Ini terbukti apabila dia mendakwa amat meminati lakonan Jessica Biel dalam filem I Now Pronounce You Chuck and Larry yang dianggapnya mempunyai daya tarikan seksual kepada lelaki selain Simon Cowell juri American Idol’s.
Dia tidak kekok bercakap mengenai kereta kegemarannya seperti Honda Civic Hybrid yang boleh menggunakan petrol atau bekalan elektrik selain bercerita mengenai kereta mewah model Audi Q7 atau BMW X5 yang berharga lebih setengah juta ringgit.
Selepas berbual lebih dua jam, penulis yakin kepetahan serta pengetahuan dimiliki gadis seperti Fara menjadi kelebihan serta daya tarikan utama kepada lelaki untuk mendampingi mereka.
Seorang lagi rakan Fara dikenali sebagai Sofea, 20-an yang dihubungi mengaku ada antara lelaki dikenali lebih gemar mengisi masa lapang atau berbual di bilik hotel sambil menonton televisyen.
Menurutnya, lelaki seperti itu hanya mahukan pelukan manja sepanjang malam selain mencurahkan isi hati serta masalah dihadapi.
“Untuk itu, kami tidak hanya perlu mempunyai penampilan menarik, malah bijak membelai jiwa lelaki seperti memicit bahu atau kepala mereka untuk ketenangan,” katanya.
Untuk kelihatan menarik, dia mengutamakan penampilan diri dengan memilih kosmetik berjenama seperti Clinique atau Lancome selain wangian Christian Dior.
Isteri DJ dicekup khalwat
GEORGETOWN: Seorang wanita dipercayai isteri kepada seorang penyampai radio swasta dicekup kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Tanjung Bungah di sini, semalam.
Wanita berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira jam 8.30 pagi oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) yang menerima maklumat awam.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Pendakwaan Jaipp, Jaafar Ismail, berkata penahanan pasangan itu dilakukan dalam sebuah bilik di tingkat enam hotel bertaraf empat bintang itu.
Menurutnya, empat pegawai penguat kuasa Jaipp diketuai Mat Radzi Ahmad pergi ke bilik terbabit yang disyaki untuk melakukan pemeriksaan.
Katanya, selepas pintu diketuk kira-kira 10 minit, ia dibuka seorang wanita yang ketika itu memakai seluar pendek dan berbaju-T ketat sambil mendakwa menginap seorang diri di hotel itu.
“Selepas meminta kebenaran dan masuk untuk membuat pemeriksaan, pegawai penguat kuasa Jaipp menemui seorang lelaki berpakaian lengkap sedang bersembunyi di tepi balkoni.
“Lelaki berkenaan sanggup menggadaikan nyawa dengan memanjat di tepi balkoni semata-mata untuk menyembunyikan diri.
“Pegawai penguat kuasa Jaipp kemudian mengarahkan kedua-dua mereka menyerahkan dokumen pernikahan bagi membuktikan pasangan itu suami isteri sah,” katanya ketika ditemui, di sini.
Bagaimanapun, kata Jaafar, kedua-duanya gagal membuktikan sebarang hubungan mahram atau suami isteri sah, sebaliknya mengaku hanya rakan niaga.
Berdasarkan siasatan dan maklumat awam yang diterima Jaipp, wanita terbabit sudah berkahwin dengan penyampai radio swasta itu, tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, wanita itu menafikan sekeras-kerasnya dia isteri kepada penyampai radio terbabit sambil memaklumkan pernah berkahwin tetapi bercerai enam tahun lalu dan masih tiada pengganti hingga kini.
“Jaipp masih melakukan siasatan terhadap dakwaan wanita terbabit, termasuk mengumpul bukti tangkapan berkenaan.
“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati pasangan lelaki yang ditahan itu suami orang. Kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk dibuat laporan tangkapan.
“Mereka kemudian dibawa ke pejabat Jaipp untuk diambil keterangan diri sebelum dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Bandaraya di Batu Gantung untuk mendapatkan perintah ikat jamin,” katanya.
Pasangan itu dikenakan ikat jamin RM3,000 seorang dengan seorang penjamin hingga tarikh perbicaraan.
Jaafar berkata, pihaknya akan mendapatkan keterangan daripada penyampai radio itu sendiri bagi mendapatkan pengesahan. |
_________________
  |
|
  |
 |
yatie
Puan

Joined: 13 Nov 2007
Posts: 298
|
Posted:
Thu Nov 22, 2007 10:35 am |
  |
Rahsia Eshah didik 15 anak hingga ke universiti
Oleh Norila Daud
IBU MITHALI... Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah (kiri) memakaikan selendang khas kepada Eshah Din, 70, yang dipilih sebagai Ibu Mithali 2007 berikutan keupayaannya membesarkan 17 orang anak sehingga berjaya pada majlis penganugerahan Ibu Mithali Ibu Sejati di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar Raja Jaafar Ali.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Seorang penoreh getah miskin, Eshah Din, 70, yang membesarkan 17 orang anaknya dengan memberi mereka makan pisang lenyek bercampur nasi dinobatkan sebagai Ibu Mithali 2007.
Seramai 15 orang anaknya berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.
Eshah yang memenangi Anugerah Ibu Mithali dengan menewaskan empat calon lain menerima hadiah wang tunai RM25,000, plak, naskhah al-Quran, pakej umrah, sijil simpanan premium RM1,000, barang-barang kemas bernilai RM8,000, loket, selendang dan jubah.
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah menyampaikan anugerah dan hadiah-hadiah tersebut kepada Eshah yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah.
Seramai 4,000 tetamu turut menyaksikan acara bersejarah itu yang menobatkan Eshah sebagai penerima Anugerah Ibu Mithali Kesembilan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Eshah yang berbaju kurung dan bertudung serba hijau diiringi suaminya, Sulaiman Saipin, 74. Sulaiman ialah penerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2006.
Seramai 10 orang anaknya bersama keluarga masing-masing turut meraikan kejayaan ibu mereka yang kelihatan tabah dan masih cergas walaupun telah berusia 70 tahun.
Eshah yang ditemui selepas acara penganugerahan itu berkata, kesemua 16 anaknya diberikan makan pisang lenyek bercampur nasi ketika mereka berusia empat bulan kecuali anak bongsunya, Nurhana, kini 27, yang berpeluang makan ‘Nestum’.
“Masa dulu mana ada Nestum. Anak-anak saya diberi makan pisang lenyek dan nasi serta minum susu cap junjung,’’ katanya dalam loghat Jawa disambut gelak ketawa para wartawan.
Dengan hanya berpendapatan RM400 sebulan, ibu yang tidak pernah mengerti penat dan kecewa itu turut menjual mihun dan nasi lemak di estet tempat beliau dan suami bekerja sebagai penoreh getah bagi menambah pendapatan.
“Saya menjual mihun lima sen sebungkus kepada penoreh getah di estet selain menjual jamu yang dibuat sendiri,’’ katanya.
Menurut anak perempuan sulung Eshah, Rosilah, 45, walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan, ibunya tidak pernah merungut tentang kesusahan membesarkan anak-anaknya yang ramai itu.
Beliau berkata, ibunya tidak pernah jemu menemani bapanya menoreh getah di Ladang Malakoff dekat Tawar yang terletak lima kilometer dari Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, Kedah.
‘‘Ibu sanggup mendaki bukit untuk menoreh getah ketika mengandung sembilan bulan dan segala kepayahan ditanggungnya sendiri,’’ katanya sambil menitiskan air mata ketika menceritakan kepayahan ibunya menyara 17 adik-beradiknya.
Rosilah, seorang guru, kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur.
Di kalangan 17 adik-beradiknya, tujuh adalah guru, dua bekas anggota tentera, seorang pegawai kastam, seorang jurutera, tiga akauntan, seorang tukang masak, pegawai alam sekitar dan pengurus ladang.
Katanya, ibunya sentiasa tabah menghadapi segala dugaan dan tidak pernah merungut.
Semua masalah dan keperitan membesarkan anak-anak ditanggung sendiri.
‘‘Memang bukan mudah untuk membesarkan 17 orang anak,’’ katanya.
Sebagai anak perempuan sulung dan anak keenam, Rosilah berkata, beliau hanya membantu ibunya di rumah. Abang-abangnya pula menolong bapa menoreh getah di estet.
Makanan
Sementara itu, Eshah ditanya sama ada beliau pernah mengalami keadaan tidak cukup makanan untuk diagih-agihkan kepada 17 orang anaknya.
‘‘Apabila mereka bergaduh kerana berebut makanan yang dihidang, suami saya akan merotan dan melibas mereka kerana cara itu dapat mendisiplinkan mereka.
‘‘Kami berdua tidak makan tak apa asalkan mereka (anak-anak) cukup makan,’’ katanya yang kini mempunyai 80 cucu dan seorang cicit.
Ditanya bagaimana beliau mengajar anak-anak ketika mereka bersekolah, Eshah berkata: ‘‘Saya tidak bersekolah macam mana nak ajar... saya hanya memperingatkan mereka dan bapanya pula jika nampak (dakwat) ‘merah’ itu maknanya anak buat salah.’’
Menurut Eshah, kesemua 17 anaknya lulus peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dengan baik dan 15 daripada mereka berjaya meneruskan pelajaran ke menara gading.
Mengenai rahsia kejayaan anak- anaknya dalam pendidikan, Eshah berkata, beliau sentiasa menyuruh anak-anak membaca buku apabila mereka balik dari sekolah.
‘‘Pada sebelah malam, mereka mesti ada di rumah. Saya tidak benarkan mereka tidur di rumah saudara-mara. Kalau susah biar kita sama-sama susah di rumah sendiri,’’ katanya.
Menurutnya, setelah mempunyai 12 orang anak, ada juga orang datang meminta untuk menjaga anak-anaknya tetapi beliau enggan menyerahkan mereka kepada orang lain.
Kini dua orang anaknya tinggal di luar negara iaitu seorang di New Zealand dan seorang lagi di Mesir.
Angkasawan negara cedera diserang perompak
Oleh Tan Ming Wai
Faiz Khaleed.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed cedera diserang dua lelaki bersenjatakan parang yang cuba merompaknya di hadapan rumahnya di Taman Mawar, Cheras di sini awal pagi ini.
Ibunya, Maznah Mohamad berkata, dalam insiden pada kira-kira pukul 2 pagi itu, anaknya cedera di tangan kiri ketika cuba menepis serangan tersebut.
Katanya, sebelum kejadian itu anaknya keluar untuk makan lewat malam bersama dua rakan pada kira-kira pukul 11 malam dengan menaiki kereta rakannya.
Katanya, mereka balik ke rumah pada kira-kira pukul 2 pagi dan sebaik sampai di hadapan rumah, Dr. Faiz yang memandu kereta itu keluar dari kenderaan tersebut.
“Pada masa itu dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal dan bersenjatakan parang menghampiri Dr. Faiz dan terus menolaknya sehingga terjatuh.
“Melihat Faiz terjatuh, lelaki itu terus mengugut rakan Faiz yang berada di dalam kereta dan meragut rantainya sebelum Faiz bangun untuk melawan.
“Pada masa itulah lelaki itu cuba menetak Faiz dan Faiz cuba menahan serangan itu menyebabkan tangan kirinya tercedera,’’ katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang di sini malam ini.
Maznah berkata, tindakan Dr. Faiz membuka pintu pagar automatik rumah telah mengejutkan dua lelaki itu menyebabkan mereka terus melarikan diri.
Katanya, rakan Dr. Faiz tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka telah menghantar Dr. Faiz ke hospital sejurus selepas kejadian.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian itu.
Difahamkan, beberapa pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang telah mengambil keterangan daripada Dr. Faiz kira-kira pukul 11 malam ini.
Penyelidik UiTM rangkul tiga pingat emas di Jerman
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Para penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya merangkul tiga pingat emas ketika menyertai pameran perdagangan antarabangsa (IENA) di Nuremberg, Jerman awal bulan ini.
Dua pingat itu diperoleh oleh para penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal diketuai oleh Muhammad Hussain Ismail.
Sebutir lagi pingat emas dimenangi pasukan dari Pusat Tanah Runtuh Negara (Nasec) UiTM yang diketuai oleh Profesor Dr. Roslan Zainal Abidin.
UiTM dalam satu kenyataan memberitahu, kejayaan itu membuktikan keupayaan institusi tersebut dalam menghasilkan produk penyelidikan bertaraf antarabangsa.
‘‘Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan (IRDC) UiTM akan terus berusaha untuk menjayakan misi bagi mendapatkan pengiktirafan antarabangsa.
‘‘Usaha ini seterusnya akan meletakkan penyelidikan UiTM dalam peta dunia sejajar dengan hasrat UiTM untuk mencapai taraf universiti kelas dunia menjelang tahun 2020,’’ kata kenyataan itu di sini hari ini.
IENA berlangsung dari 1 hingga 4 November lalu membabitkan penyertaan dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Rusia, Korea Selatan, Croatia dan Hong Kong.
Minuman tin guna logo halal palsu
JAAFAR Ismail menunjukkan minuman tin pelbagai perisa yang dikesan menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran dalam satu serbuan di sebuah kilang pengeluar minuman di Taman Selamat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
BUKIT MERTAJAM 21 Nov. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membongkar kegiatan sebuah syarikat memproses minuman dalam tin yang menggunakan logo halal palsu.
Kegiatan tersebut dikesan selepas sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP melakukan serbuan ke atas sebuah kilang memproses minuman di Taman Selamat, Jalan Alma di sini hari ini.
Sebanyak 12 anggota KPDNHEP terlibat dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 pagi itu dengan dibantu oleh anggota penguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Dalam serbuan itu, sebanyak 200,000 tin minuman pelbagai perisa jenama Keika disita bernilai kira-kira RM200,000.
Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP, M. Guna Selan berkata, serbuan tersebut dilakukan selepas pihaknya mendapat aduan daripada Jakim bahawa syarikat pengeluar minuman berkenaan menggunakan logo halal tanpa kebenaran.
"Pemeriksaan yang dijalankan membuktikan syarikat ini melanggar peraturan di mana tiga jenis minuman dalam tin yang dikeluarkannya menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran.
"Tiga lagi jenis minuman dalam tin termasuk satu dari jenis sama yang dibotolkan mempunyai sijil halal yang telah tamat tempoh, tetapi masih dikeluarkan dan dipasarkan," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini.
Guna Selan memberitahu, pihaknya sedang mengesan pemilik kilang berkenaan yang tiada di kilang berkenaan semasa serbuan dijalankan.
Beliau menambah, pemilik terbabit boleh didakwa mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 atas kesalahan menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Pendakwaan JAIPP, Jaafar Ismail yang turut serta dalam serbuan itu berkata, pihak kilang terbabit ada membuat permohonan untuk menyambung sijil halal tersebut yang telah tamat tempoh.
Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan di kilang berkenaan menunjukkan ada beberapa faktor yang tidak memuaskan terutamanya dari segi kebersihan sehingga memaksa Jakim menarik semula sijil halal bagi tiga jenis minuman tersebut.
 |
_________________
  |
|
  |
 |
|
|
|
View next topic
View previous topic
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|